Lipas semakin kebal, mampu melindungi diri dari pelbagai jenis racun serangga - Kajian



Ramai di antara kita takut dengan serangga bernama lipas terutama sekali apabila lipas itu mula terbang, secara automatiknya ia dipanggil 'babi'. 

Tiada pilihan lain selain dari terus membunuhnya menggunakan penyembur racun lipas atau menggunakan selipar, paling koman pindah saja dari kediaman itu. 

Dalam satu kajian terbaru mendapati, lipas semakin kebal terhadap pelbagai racun serangga menjadikan ia semakin sukar untuk dibunuh. 

Lipas Jerman, iaitu spesis yang paling biasa dalam dunia serangga mula membina ketahanan yang tinggi terhadap racun serangga. 

Menurut kajian yang dijalankan selama enam bulan itu mendapati, penyelidik bukan sahaja gagal mengurangkan populasi lipas, malah ia dilihat mempunyai daya ketahanan enam kali lebih tinggi terhadap gabungan pelbagai racun serangga. 


"Ini adalah cabaran yang kita tidak sedar terhadap serangga ini. Ia membina ketahanan terhadap beberapa kelas racun serangga menyebabkan ia sukar dikawal hanya dengan menggunakan bahan kimia saja," kata Profesor Michael Scharf dari University Purdue. 

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Laporan Saintifik itu memfokuskan spesis Blatella germanica L yang boleh ditemui di seluruh dunia. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.