'Kereta uncle aku kena langgar budak 10 tahun' - Remuk kereta angkara budak Gold ajar budak Silver pandu kereta



Remuk hati pemilik kereta apabila keretanya dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. 

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sedang mengajar rakannya berusia 9 tahun untuk memandu. 

Namun, malang tak berbau, kereta yang dipandu itu hilang kawalan lalu melanggar kereta mangsa yang menyebabkan kerosakan di bahagian depan kanan kereta tersebut. 

"Kepada mak ayah semua, harap dapatlah pantau anak-anak sebaik mungkin dan jangan letak kunci kereta di tempat yang anak-anak senang ambil.

"Yang paling penting, jangan tinggalkan kunci dalam kereta terbiar je. 

"Kereta uncle aku kena langgar dengan budak 10 tahun. Dia ajar budak 9 tahun bawa kereta," demikian kata Ted yang berkongsi mengenai kejadian itu di Twitternya. 





Sementara itu, netizen terkejut dengan keberanian dua kanak-kanak terbabit dan tidak kurang juga yang menunding jari pada ibu bapa mereka yang cuai dalam mengawasi anak masing-masing. 











Sumber: @BukanWanted

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.