'Bukan nenek kebayan, tetapi pesakit warga emas' - JKN Negeri Sembilan nafi gambar viral



Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengeluarkan satu kenyataan maklum balas kepada sebuah portal mengenai isu viral gambar seorang wanita warga emas yang didakwa sebagai Nenek Kebayan di hospital sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan netizen. 

Menurut kenyataan itu, wanita warga emas yang dilihat berjalan seorang diri itu merupakan pesakit di hospital berkenaan. 

Sehubungan dengan itu, bagi menjaga privasi pesakit dan waris serta mengelak salah tanggapan oleh netizen, pihak jabatan berkenaan meminta portal itu memadam gambar dan posting berkenaan.


Terdahulu, viral gambar seorang pesakit warga emas yang didakwa nenek kebayan berjalan seorang diri di dalam wad di sebuah hospital di Tampin pada sekitar jam 2-3 pagi.

Difahamkan, gambar itu dirakam oleh seorang pegawai perubatan yang sebelum itu ada menegur ‘nenek kebayan’ itu tetapi tidak jawapan dan dia hanya mendiamkan diri. 

Apa yang membuatkannya berasa seram ialah, wad tersebut hanya mempunyai pesakit muda, tiada pesakit warga emas. 


Sementara itu di Twitter, seorang individu mendakwa wanita itu berusia 70 tahun dan sedang menerima rawatan di hospital itu. Tidak kurang juga ada yang berkata, warga emas itu telah terlantar (tak boleh berjalan) di hospital itu dan menimbulkan kehairanan di kalangan petugas hospital apabila mendapati dia boleh berjalan. 

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap warga emas berkenaan dan mempersoalkan mengapa aib nenek tersebut didedahkan dan gambarnya dimuat naik tanpa kebenaran.



Sumber: Majalah Mastika, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.