Wanita gantung diri & anaknya sebab suami belikan rumah sebelah untuk perempuan simpanan



Seorang wanita di Thailand yang tertekan dengan tindakan suaminya membeli rumah sebelah untuk didiami oleh perempuan simpanannya membunuh diri bersama dengan anaknya di dalam rumah tersebut. 

Neung, 26, menggantung anak lelakinya berusia dua tahun terlebih dahulu pada tali nilon sebelum menggantung dirinya sendiri. 

Ketika ditemui, mayat dua beranak itu dipercayai sudah mati tiga hari lalu dan mula membusuk. Kerusi plastik turut ditemui di dalam bilik tersebut. 

Ibu kepada Neung berkata, pasangan dan anak kecil mereka tinggal bersebelahan dengan rumahnya.

Difahamkan, si suami mempunyai ramai isteri dan sering keluar rumah. Dan baru-baru ini si suami membeli rumah bersebelahan dengan rumah mereka, agar perempuan simpanannya boleh tinggal di rumah tersebut. 

Neung yang mendapat tahu perkara itu berasa kecewa dan tertekan lalu membawa anaknya keluar dari rumah itu selama tiga hari dan tidak pernah pulang ke rumah. 

Ibu mangsa menyangka Neung pergi menenangkan dirinya di rumah kawan.



Bagaimanapun, mayat dua beranak itu ditemui apabila bekas pemilik rumah tersebut datang untuk mengambil barangnya yang tertinggal. 

Si suami yang mendapat tahu mengenai kejadian itu segera datang dan sedih apabila melihat keadaan anak dan isterinya itu. 



Sementara itu, ibu Neung berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap menantunya berhubung kejadian tersebut. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.