Wanita ditahan kerana cengkam & picit 'telur' kekasih sampai berdarah



Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat, ditahan kerana didakwa menyerang teman lelakinya sehingga mengalami pendarahan, Selasa lalu. 

Kejadian itu berlaku selepas pasangan terbabit bertengkar pada jam 4 pagi. 

Suspek, Katie Pitchford, 21, gagal mengawal kemarahan diri lalu mencengkam 'bebola' teman lelakinya dan dipicit sekuat hati sehingga menyebabkannya berdarah. 

Mangsa yang berjaya melarikan diri dari Katie kemudian menghubungi polis untuk meminta bantuan. 

Bagaimanapun, Katie menafikan dakwaan itu dan menegaskan pertengkaran mereka hanya biasa-biasa tanpa melibatkan serangan fizikal. 

Ketika ditahan, Katie juga meminta kebenaran dari pegawai polis untuk bertemu dengan teman lelakinya itu kerana dia mahu meminta maaf. 

Katie dibawa ke penjara dan didakwa di mahkamah kerana melakukan keganasan domestik. 

Sumber: The Star

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.