(Video) Suami isteri jadi 'perisai', lindungi anak dari terkena api kebakaran



Pasangan suami isteri sanggup menjadi 'perisai' bagi melindungi anak perempuan mereka berusia 4 tahun dari terkena api kebakaran selepas rumah mereka terbakar, dalam kejadian di Guangzhou, China.

Klip video menunjukkan pasangan berkena berusaha melindungi anak mereka apabila api kebakaran mula merebak ke bahagian tingkap di rumah sewa mereka di tingkat lima. 

Keluarga terbabit terperangkap di bahagian jeriji tingkap dan terpaksa derita sementara menunggu bantuan tiba. 

Namun, si ibu dilaporkan meninggal dunia akibat terbakar dan suaminya pula berada dalam keadaan kritikal, sementara anak mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Siasatan awal mendapati, rumah keluarga terbabit terbakar pada jam 3 petang menyebabkan semua barangan mereka turut terbakar. 

Menurut jiran mangsa, dia terus segera pergi ke rumah keluarga itu selepas ternampak api. Tetapi apabila tiba di rumah berkenaan, api menjadi semakin marak menyebabkan dia tidak berani masuk ke dalam lalu menghubungi pihak bomba. 


Seramai 99 anggota bomba bersama dengan 16 jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. Kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya selepas satu setengah jam kemudian. 

Ketika kejadian, anak pertama hingga ketiga tiada di rumah.

Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan stabil. 

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.

Sumber: Daily Mail

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.