Lelaki beli kopi di 7E setiap hari demi bertemu dengan 'crush', akhirnya disahkan hidap diabetes



Seorang lelaki Taiwan disahkan menghidap diabetes selepas kerap membeli kopi setiap hari di kedai 7-Eleven kerana menaruh hati terhadap salah seorang pekerja wanita di premis tersebut. 

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu berkongsi mengenai kisahnya di sebuah forum, Dcard, pada Isnin lalu. 

Lelaki berkenaan cuba mendekati wanita itu sejak dua tahun lalu apabila dia ternampak 'cinta hatinya' itu di premis tersebut. 

Demi mendapatkan perhatian dan mahu wanita itu mengingatinya, lelaki itu mengambil keputusan untuk memesan kopi dengan permintaan lima sudu gula.

Terkejut dengan permintaan itu, wanita berkenaan bertanya, "Tak terlalu manis ke?". Lelaki itu membalas, "Tak semanis awak," katanya membuatkan wanita itu tersenyum. 

Sejak dari itu, dia kerap datang ke premis tersebut untuk memesan kopi dengan jumlah gula yang sama. 

Namun, keadaan menjadi buruk apabila doktor mengesahkan lelaki itu menghidap diabetes akibat perbuatannya itu. 

Ada netizen yang bersimpati, tidak kurang juga yang meragui kesahihan ceritanya. 

Sumber: Next Shark

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.