'Kelewatan berpunca dari masalah teknikal (faktor keselamatan)' - MAS mohon maaf pada Menteri Pertahanan



Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media yang menegur kelewatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) sehingga menyebabkan menterinya, Mohamad Sabu, gagal bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London, England. 

Dalam kenyataan itu berkata, Menteri Pertahanan itu sepatutnya bertemu dengan Mahathir pada 16 Jun lalu namun tidak dapat berbuat demikian kerana kelewatan pesawat MAS MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun. 

Difahamkan, temujanji dua pemimpin itu sepatutnya berlangsung pada 16 Jun, tetapi gagal disebabkan kelewatan itu. 

Mohamad Sabu singgah ke London semata-mata untuk bertemu dengan Mahathir dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis. 

Kementerian Pertahanan amat kesal dengan perkara itu dan berharap MAS tidak akan mengulanginya di masa akan datang. 

Bagaimanapun, MAS dalam permohonan maafnya yang disiarkan di Harian Metro hari ini menjelaskan, kelewatan itu berpunca dari masalah teknikal

"Pihak kami menyedari temujanji menteri terbabit, namun ia satu keperluan bagi memastikan pesawat berkenaan selamat terbang sebagai faktor keselamatan penting setiap masa."

Kenyataan itu berkata, pihak MAS juga membuat pengaturan khas bagi pelepasan pantas dan lancar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow, jam 8.26 pagi, 16 Jun lalu. 

"Kita juga membuat pengaturan penerbangan alternatif untuk rombongan menteri terbabit ke Perancis dalam rangka lawatan kerja di sana," katanya. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.