'Elok-elok kerosakan sedikit, kereta terus jadi serupa accident langgar lori' - Akibat tinggalkan kereta selepas call towing



Malang tak berbau. Asalnya kereta ini hanya mengalami kerosakan yang minima, namun akibat kecuaian pemiliknya, kereta ini diambil oleh pihak towing yang tidak bertanggungjawab yang kemudian merembat segala bahagian yang boleh dirembat.

Pengguna ini memberi peringatan kepada semua agar tidak meninggalkan kenderaan selepas menghubungi pihak towing dari insurans kereta agar kejadian di atas tidak berulang. 

HAH!, ni nak pesan. Kau kalau accident tapi tak cedera teruk dan masih sedar, boleh tak selepas call insurans tu, tunggu pihak towing dari insurans sampai? Sebab ada dokumen yang kau kena sign. 

Jadi kes malam tadi. Kereta accident di hari raya pertama. Call insurans dah betul, tapi selepas dia call, dia blah. Tak tunggu pun tow truck. 

Selepas itu, syarikat towing mana pergi rembat kereta dia, curi barang. Elok-elok kerosakkan sikit, kereta terus jadi serupa accident langgar lori. Tayar depan dan belakang pecah, rim bengkok, bateri hilang, bumper pecah, cermin belakang pecah. 



Accident langgar divider saja. Dia tinggalkan kereta dia, lalu towing lain ambil dan hilang beberapa hari sebelum ditemui semalam. 

Accident di Damansara, jumpa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tow truck dari pihak insurans siap pelik, kata kereta accident. Bila pergi ke lokasi, kereta pula tak ada.

Ingat ye, selepas call insurans, tunggu sampai tow truck datang. Tow truck lain datang, tak payah layan. Pergi mampuslah dia nak ugut ke apa. Call polis terus dan jangan tinggalkan kereta. 

"Macam mana nak tahu itu towing dari syarikat insurans kita? Boleh je dia tipu kita dan kata dari pihak insurans kita." 

Boleh tahu. Bila dah call insurance company, kata accident dan minta towing assist, dia akan call dulu towing dia, then call semula pelanggan (iaitu anda) dan beritahu nombor lori towing atau card number towing. 



Bila sampai, dia akan beritahu exactly maklumat sama yang insurance company bagi tadi. 

Kepada yang tak tahu, no matter what insurance company you insured your car to, semua ada free towing up to 150-300 kilometer (ikut company). Jadi, daripada you alls kena tipu dan bayar mahal pada towing luar, you can save much dan tiada risiko kereta dihantar ke bengkel yang tidak bertauliah. 

Sumber: @ApxS_, @iEaN_Zn

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.