Berang isteri terlalu banyak berhutang, suami lempar anak sampai mati



Seorang bapa nekad melempar anak kandungnya berusia dua tahun ke lantai selepas mengetahui isterinya berhutang dengan jiran mereka sebanyak RP1.8 juta (RM528).

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kalimaro, Kecamatan Kedungjati, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah, Indonesia, Aripin, 28, yang mempunyai sikap panas baran mengakui bahawa dia telah membunuh anaknya yang dikenali sebagai 'ZT'. 

Menurut Aripin, dia bertindak demikian kerana berang dengan isterinya, Nofiyanti, 26, yang banyak berhutang dengan jirannya, Lasmanah, 48. 

Suspek terdahulu mendapatkan wang dari bapa mertuanya, Doto, dan berjumpa dengan Lasmanah untuk membayar hutang. 

Namun suspek bengang apabila mengetahui jumlah hutang itu terlalu banyak sehingga tergamak mengugut mahu membunuh Lasmanah, isteri dan anaknya. 

Aripin gagal mengawal diri lalu melempar mangsa ke lantai di rumah jirannya itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Malangnya, doktor mengesahkan ZT telah meninggal dunia akibat dari kecederaan parah di kepala. 

Sementara itu, Aripin mengakui kesal dengan perbuatannya itu. 

"Fikiran saya menjadi gelap selepas mengetahui isteri berhutang sebanyak itu. Saya tidak pernah menyuruh dia meminjam wang dari jiran. 

"Tindakan saya melempar anak adalah spontan dan berharap tiada apa-apa terjadi padanya. Tetapi kini saya sungguh menyesal," katanya. 

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.