Curi RM100 dipenjara 12 bulan, wanita rayu tertuduh dibebaskan & sanggup bayar ganti rugi RM500 kepada mangsa



Seorang lelaki direman selama empat hari kerana mencuri RM100 milik peniaga di pasar minggu pekan Manir, Kuala Terengganu, Ahad lalu. 

Suspek berusia 30-an didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 9:40 pagi di tapak pasar minggu, dengan selama mengambil wang hasil jualan mangsa yang diletakkan di dalam bekas di atas meja. 

Mangsa yang terkejut melihat suspek kemudian menangkapnya dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Pada Selasa lalu, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara satu tahun terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. 

Tertuduh, Awang Embong, 35, mengaku salah terhadap pertuduhan itu sebelum dijatuhkan hukuman dan merayu supaya dijatuhkan hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak sulung. 

Awang juga memberi alasan dia terpaksa melakukan perbuatan itu kerana tidak bekerja dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. 

Di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Sementara itu, seorang wanita dari Johor Bahru meminta orang ramai membantu memndapatkan maklumat peniaga pasar minggu berkenaan kerana beliau mahu menggantikan duit peniaga itu agar Awang dapat dibebaskan segera. 

"Saya nak ganti duit RM500 yang abang ini curi RM100. Janji orang itu setuju untuk tarik balik report ini. Biarlah abang ini bebas keluar dari penjara untuk menjaga isteri dia yang tengah sarat mengandung. Isteri dia perlukan suami di sisi. 

"Puas cari info Facebook orang yang kena curi duitnya, abang ini ataupun isteri kepada abang ini. Kalau ada yang tahu Facebook dia, mohon maklumkna kepada saya. 

"Kesian isterinya yang tengah sarat mengandung. Dah tentu-tentu sangat memerlukan suami ada di sisi. Memang dia salah sebab mencuri. Tapi kita tak tahu apa yang membuatkan dia sanggup mencuri, cuma RM100 saja. Allahuakbar. 

"Undang-undang di Malaysia ini kadang-kadang semakin mengarut. Kes dera sampai mati boleh pula bebas, curi cuma RM100 kena penjara satu tahun," katanya. 



Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.