2 kaki anak kucing terputus akibat tersepit dalam enjin forklift



Seekor anak kucing ditemui tersepit di enjin sebuah forklift di sebuah kilang di Taman Taming Jaya, Balakong, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein On Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8:47 pagi. 

Enam anggota dan pegawai dari BBP Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi, mereka mendapati dua kaki kucing itu sudah terputus. 


Anggota Bomba dan Penyelamat kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan anak kucing itu dan terus diberi rawatan kecemasan. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.