(Video) 'Bila intai, memang kaki lelaki' - Lelaki kantoi rakam wanita dalam tandas, HP penuh gambar mangsa



Seorang lelaki ditangkap orang awam kerana didakwa mengintai dan merakam wanita yang menggunakan tandas di sebuah stesen minyak. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9:10 malam semalam, seorang wanita mendakwa terdengar bunyi bising seperti tong sanitary pad diubah kedudukannya dalam tandas. 

Bimbang dengan perkara yang tidak diingini berlaku, wanita itu meminta teman lelakinya memanggil kakitangan stesen tersebut untuk memeriksa. 

"Saya intai di bawah, nampak dia pegang camera sebab bunyi bising macam ubah tong sanitary pad itu. 

"Saya keluar terus minta teman lelaki panggil staff Shell sendiri untuk buka. Bila staff ketuk pintu, dia buat suara perempuan. Bila intai, memang kaki lelaki.

"Bila diugut, barulah dia buka dan memang confirm lelaki," katanya. 

Namun, suspek menafikan dakwaan itu dan memberi alasan yang tidak munasabah.


Telefon bimbitnya juga diperiksa dan didapati ada banyak gambar-gambar wanita yang sudah menjadi mangsanya. 

"Ada orang awam yang lalu di situ periksa telefon bimbit dia. Dia punya mengelabah, mengeletar, berpeluh bagai. 

"Bila diperiksa, telefon bimbit penuh dengan gambar perempuan Cina, Melayu yang dirakam secara intai dalam tandas. Dalam download folder, dia download video yang spesis dalam tandas juga. Gila seks betul lelaki ini," katanya. 



Wanita berkenaan bersyukur dia terselamat dari menjadi mangsa lelaki gila seks itu. Dia turut menasihatkan golongan wanita di luar sana sentiasa berhati-hati apabila menggunakan tandas awam. 

Sumber: Syed Che Din

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.