'Saya dianiaya bini tua, dia yang sepatutnya menjaga suami strok' - Isteri kedua luah rasa tak puas hati



Sedih hati seorang isteri apabila suaminya disahkan menghidap strok yang menyebabkan dia lumpuh seluruh badan, malah pertuturannya juga tidak dapat lagi difahami. Bagaikan baru mendapat 'anak', si isteri bakal menguruskan suaminya yang sakit itu kelak. Tetapi dia meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana isteri pertama melepas tangan dalam soal menjaga suami yang dikongsi bersama itu. 

Menurut si isteri kedua, dia dianiaya oleh isteri pertama di mana segala kemudahan dan hak yang sepatutnya diperolehi disekat. Kini dia dalam dilema sama ada mahu bercerai dan menuntut hak yang dia sepatutnya dapat. 

SALAM admin. Saya berumur 28 tahun, baru berkahwin tiga bulan dan suami berumur 55 tahun.

Sekarang saya masih berada di hospital. Suami kena tahan wad sebab strok. Hari ini doktor dah nak bagi balik. Semalam jururawat dah ajar cara nak bagi suami makan menggunakan tiub, cara nak mengalihkan suami setiap empat jam sebab tak nak bagi ada luka bedsore. 

Balik rumah nanti, saya yang kena jaga dia semua. Makan minum, tukar pampers bagai. Suami saya hanya boleh buka mulut buat bunyi sahaja. Dia cakap apa pun kami dah tak faham. Tangan dan kakinya dah tak boleh bergerak. 

Bini tua dia pun dah lepas tangan. Dia tu orang kaya, boleh saja dia nak upah jururawat jaga suami dia tapi saja dia buat tak reti. 

Kereta suami saya, dia ambil. Mentang-mentang kereta itu atas nama dia. Dia pindah terus, duduk di rumah lain. 

Di wad ini, hari pertama saja nampak muka dia. Lagi tiga hari, saya saja hari-hari tertunggu.

Tiga bulan lepas, hidup saya senang saja tanpa semua ini. Tiba-tiba saya macam dah dapat anak seorang. Makan kena suap, pampers kena tukar, serius saya rasa macam kena tipu. 

Sebelum kahwin, suami cakap dia ada kereta, ada rumah besar. Bila dah kahwin, saya dapat rumah kembar dua saja. Yang banglo dua buah itu, bini tua tak bagi sentuh. 

Sampaikan kereta pun tak ada atas nama suami. Ini kalau dibenarkan keluar wad petang ini, entah nak balik dengan apa. Takkan Grab nak ambil kot kalau dah terbaring macam ni? 

Suami pun kuat menipu. Dia tak cerita pun dulu dia ada darah tinggi, kencing manis semua ini. Sekarang bila dah terlantar macam ni, memang nasib malanglah saya. 

Anak dia paling besar umur 18 tahun, kemudian 16 dan 12 tahun. Seorangs-seorang datang melawat ayah mereka, bila tengok saya, diorang buat muka ketat. Diorang tak tahu kalau saya tak ada, terbaringlah ayah diorang di situ. Mak diorang bukannya nak ambil tahu. 

Saya rasa tanggungjawab menjaga suami ini jatuh pada bini tua dia la. Dia dah dapat semua, BMW dua buah dah dia punya, Vellfire pun dia sapu, perniagaan suami pun dia pegang. Bila jadi macam ni, tinggalkan suami yang sakit pada saya. 

Saya rasa betul-betul dianiaya oleh bini tua dan anak-anaknya. Apa nak buat ye? Hidup saya dah berubah 180 darjah. Masa depan saya cerah lagi kot. Umur saya baru 28 tahun. Takkan nak habiskan seumur hiudp saya menjaga suami dalam keadaan begini? Apa hak saya yang boleh dituntut kalau saya failkan perceraian? Mohon pendapat semua. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.