Pendaki 137Kg Ini Teruk Dihentam Netizen Kerana Susahkan Bomba, Kelab Pendaki Dedah Cerita Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Kebenarannya!




Baru-baru ini, Harian Metro telah melaporkan seorang wanita yang beratnya 137kg terpaksa diusung secara bergilir-gilir oleh 16 orang anggota bomba selepas mengalami serangan asma serta kejang pada kedua belah kaki ketika melakukan aktiviti jungle trekking d Hutan Simpan Seksyen 9, Kota Damansara.

Berita tersebut telah mendapat kecaman daripada warga media sosial yang mengutuk tindakan wanita tersebut kononnya menyusahkan banyak pihak. Tidak tahan dikecam, individu ini tampil pertahakan wanita itu serta menjelaskan situasi sebenar.



‘Dah gemok tu tak payah la..’





Ini cerita sebenar

Assalamualaikum.

Saya mewakili barisan admin Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM) mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua, meh saya bagi point.

1. Semasa kejadian tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh peny-akit as-ma. Boleh rujuk gambar di bawah, beliau DAH SAMPAI pun puncak denai 3 puteri itu. So, maknanya beliau ada tenaga untuk berjalan. Beliau kekejangan kedua belah kaki dan memag tak mampu nak bangun ketika nak turun.

2. Untuk pengetahuan semua, Denai Tiga Puteri adalah antara bukit paling landai untuk didaki di kawasan selangor/KL. Bukan jenis naik mencanak terus.

3. Anggota bomba memag kerja diorang menyelamat sebab itu nama diorang JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Tapi anggota bomba ini terlatih kot. Diorang bukan takde basic bab medic ini. Anggota bomba akan check dulu mangsa sebelum buat apa-apa tindakan. So, kalau rasa akak itu menipu, takde maknanya anggota bomba nak angkat. Korang fikir anggota bomba ini bodoh ke apa? Anggota bomba pun tak bising dan mengeluh kena angkat atau selamatkan nyawa orang, korang pula nak bising. Apahal?

4. Pernah dengar ayat:

“Allah takkan membebani (uji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala KEBAJIKAN yang diusahakannya DAN ia juga menanggung DOSA kejahatan yang dilakukannya”

Al-Baqarah ayat : 286

So, nampak tak related ayat itu dgn Bomba, mangsa dan kaki hina fizikal orang ini? Ke pura-pura tak nampak?


5. Bab kece-masan ini tak kiralah anda gemok, kurus, tinggi, pendek, melintang patah membujur lalu sekali pun, kalau benda itu nak jadi tetap jadi. Kun Fa Ya Kun.. Lagipun korang rasa akak itu tahu teknik nak KREM kan kaki sendiri semata-mata nak suruh bomba angkat? Pehh..

6. Komen “Dah tau badan camtu kenapa hiking”? Kamon bro. Tak pakai akal ke waktu menaip itu. Tak selidik dulu ke. Akak itu bukan first time hiking. Dan bukit itu antara terlandai. Lagipun hiking ini antara best therapy kot. Hirup udara segar dalam hutan. Korang tanya laa mana-mana pendaki, jarang sangat la diorang try hiking satu bukit terus stop. Kebanyakkan akan cakap “Rindu bau hutan” walaupun dia pernah cakap “ni last gunung aku naik”.

7. Komen “Menyusahkan orang”. Jgn main-main degan komen macam ini. Sometimes orang yang korang kutuk, ma-ki atau h-ina ini la satu hari nanti Allah nak tunjuk, diorang tolong kau balik tanpa sengaja.

8. Kenapa saya agak emosi dalam hal ini? Satu sebab akak ini pendaki dan cuba tenung wajah akak yang berumur hampir separuh abad ini. Atleast kalau tak nak hormat, ada la sikit rasa simpati abang dan akak oi. Kalau sesama manusia pun tak boleh hormat, elok kaki kec-am + hina fizikal orang ini beli satu kotak besar pastu masuk ramai-ramai dan hanyutkan diri kat laut. Kalau boleh jauh-jauh sikit??

9. Saya takkan tutup nama-nama kaki komen ni. Saya tau akak tu mesti akan down kalau baca. But kami admin H.A.R.A.M terpanggil untuk berdiri di depan akak ini untuk isu ini. Kami tak la besar dan kuat mana. Tapi jangan main-main kalau turn kami pulak start kecam orang. Normally, kaki kecam ini hati tisu, kalau terkena kat diri sendiri mau meroyan setiap hari.

10. Kalau ada nama kawan-kawan anda kat screenshot komen tiu, jemputlah mereka bertandang kt sini. Kami mengalu-alukan komen mereka. Mungkin akak itu tak melawan sebab malu dan mungkin dia tengah tak sihat tapi kami sedia melayan anda dengan baik DAN baik-baik.. ?

11. Saya doakan kaki kecam + Hina fizikal orang ni, Allah beri hidayah pada mereka untuk berubah. Insyaallah. Kita jangan tiru perangai diorang ini dok h-ina orang.. Komen baik-baik je okay geng. Tunjukkan kita berbeza dari diorang.

12. Respect each other! Simple.

“Dari pendaki kepada kaki hina pendaki”

Sumber: Zairi Zainal via ohbulan.com


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.