Lelaki pasrah, bakal isteri yang dikenali dari Facebook lesap bersama wang hantaran RM60,000



Seorang penjawat awam bukan sahaja kehilangan wang hantaran berjumlah RM60,000 bahkan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga menghilangkan diri gara-gara terpedaya dengan skim ‘love scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa lelaki berusia 28 tahun itu dari Sibu mula mengenali mangsa melalui Facebook sebelum berhubung melalui WhatsApp dan daripada hubungan tersebut, mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin.

“Suspek telah bersetuju untuk berkahwin dengan mangsa. Walau bagaimanapun, suspek telah meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai wang hantaran.

“Justeru, mangsa telah beberapa kali membuat transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM60,000 ke satu akaun atas nama individu yang tidak dikenali sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih perit, menurut Mustafa, sumber kewangan mangsa adalah hasil wang pinjaman peribadi dari sebuah institusi kewangan dan mangsa menyedari telah ditipu setelah kekasih facebooknya tidak dapat dihubungi pada satu hari sehingga kini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.