'Kepala Yasmin dipukul dari belakang, diheret masuk dalam kereta' - Gadis dakwa rakannya diculik lelaki Afrika di Cyberjaya



"Kawan maklum ada kejadian culik seorang perempuan di Cyberjaya oleh lelaki warga Afrika. Semakin menjadi-jadi warga asing di Cyberjaya. Hari itu kes langgar orang (sampai) mati. PDRM tolong segerakan tangkapan dan tingkatkan rondaan," kata Fadzmel Fadzil di Twitternya semalam. 

Beliau juga turut memuat naik gambar laporan polis yang telah dibuat oleh saksi yang juga merupakan kawan mangsa. 



Laporan polis dari rakan mangsa: 

"Pada 18 April 2019 jam lebih kurang 1:55 pagi, semasa saya bersama kawan saya bernama Yasmin melintas jalan untuk pulang ke rumah daripada Tamarind Square ke Gemm In Mall, Cyberjaya,.

"Apabila sampai di seberang jalan tiba-tiba kawan saya telah dipukul di bahagian belakang kepala dari arah belakang oleh seorang lelaki Afrika, menyebabkan kawan saya jatuh tersungkur di atas kaki lima. 

"Saya cuma membantu kawan saya untuk bangun tetapi keadaannya terlalu lemah dan lelaki Afrika itu dalam keadaan marah dan agresif. 

"Kemudian saya cuba meminta tolong dari dua lelaki Afrika yang berada dalam kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu nombor pendaftaran FB4111 di parkir seberang jalan. Mereka bersetuju untuk memberi bantuan dan terus datang ke arah kawan saya. 

"Kemudian salah seorang lelaki Afrika telah turun dari kereta dan telah menolong lelaki Afrika yang berada di situ mengheret kawan saya masuk ke dalam kereta dan terus beredar ke mana saya tidak pasti. 

"Untuk makluman, semasa kejadian, Yasmin memakai baju t-shirt putih, seluar jeans biru, rambut berwarna biru dan berumur 22 tahun." katanya. 


Menurut Fadzmel, setakat ini, mangsa masih belum dijumpai. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.