Kecewa anak kelima dilahirkan adalah perempuan, suami cekik isteri sehingga putus nyawa



Seorang lelaki di Punjab tergamak mencekik isterinya sehingga mati kerana kecewa anak kelima mereka yang dilahirkan berjantina perempuan, lapor Makkal Osai. 

Pasangan terbabit yang menetap di Anandpur Sahib terdahulu dikurniakan empat anak perempuan berusia 14, 12, 10 dan 8 tahun. 

Rakesh Kumar, 40, sangat berharap anak kelima yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki tetapi kecewa bilamana dimaklumkan anak kelima yang dilahirkan empat bulan lalu adalah berjantina perempuan. 

Pada Selasa lalu, pasangan itu bertengkar yang menyebabkan suspek mencekik isterinya sehingga mati sebelum keluar dari rumah. 

Jiran yang terdengar jeritan anak-anak mangsa menangis segera menghubungi polis selepas menemui mayat mangsa. 

Suspek bagaimanapun cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi gagal berbuat demikian sebelum diselamatkan. 

Sumber: The Star

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.