'Doakan Ayra Safiyya...'



Terasa sayu melihat keadaan anak kecil ini. Menurut ibunya, Zalwani Zulkifli, berkata, anaknya, Ayra Safiyya, mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan sebelum dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan, Ayra telah berada di hospital sejak 9 April lalu sehingga ke hari ini.

"Kedudukan Ayra  Safiyya dah tak macam dulu. Badannya melengkung. Punca? Mungkin disebabkan sawan atau otak dia dah tak boleh kawal badan dia dah. 

"Hari ini kalau dibenarkan balik, nak cuba berubat kampung untuk sawan dia. Dia boleh lurus badan dah okey dah. Kesian, nampak seperti menahan sakit. 

"Kalau ada sesiapa yang pernah mengalami keadaan seperti ini, boleh hubungi dan kongsikan dengan saya, apa yang perlu saya buat. 

"Terima kasih atas doa semua dan sumbangan ikhlas anda. Moga Allah memudahkan segala urusan kalian semua atas kebaikan untuk anak syurga saya ini. Aamiin," katanya. 








Kejadian yang menimpa Ayra itu kini tersebar di media sosial dan ramai netizen mendoakan agar Ayra diberikan kesembuhan. 

Jika anda mempunyai pengalaman dalam situasi seperti ini, sila hubungi Zalwani Zulkifli melalui Facebooknya, https://www.facebook.com/tcerwany.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.