'Celcom makin c**** era zaman 2K19 ni' - Operator nak tolong, tapi netizen buat perangai



Baru-baru ini, ada netizen yang mengadu mengenai perkhidmatan rangkaian telefon bimbit kurang memuaskan di kawasan mereka yang mendorong kepada penukaran perkhidmatan. Tiada masalah kerana itu sememang hak seorang pengguna membuat pilihan masing-masing. 

Tetapi, tindakan sesetengah netizen yang menggunakan perkataan kesat terhadap pengendali akaun media sosial bagi syarikat perkhidmatan rangkaian tersebut adalah tidak wajar. 


Tampil beberapa individu yang berkerja di 'frontliner' berkongsi mengenai pengalaman mereka berdepan dengan pelanggan yang gemar menggunakan kata-kata kesat, caci maki dan sumpah seranah bagai. 

"Kerja frontline ini, kami sentiasa kena maki walaupun adakalanya bukan salah kita pun. Customer nak minta tolong kita, tapi maki-maki. 

"Apa yang kami boleh buat hanyalah senyum dan bercakap dengan baik. Selepas customer pergi, terus menangis. Ye la, sebab kita pun manusia yang ada perasaan. 



"Kenapa orang macam ni rasa hanya kerana dia bayar, dia layak untuk maki hamun pekerja? Susah sangat ke nak bercakap dengan baik kepada kami? 

"Kalau korang nak tahu, bila kami dapat customer yang bercakap dengan baik, rasa macam nak sujud syukur. Buat kerja pun rasa happy," kata Filza Anuar. 

Netizen yang lain juga bersetuju. Perkara yang boleh diselesaikan dengan cara baik, tiada keperluan menggunakan kata-kata kesat. 









Usah biasakan diri menyebut kata-kata kesat yang lama kelamaan nanti akan menjadi satu kebiasaan, akhirnya membawa kepada kebinasaan. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.