'Bergetar tengok tangan anak berdarah' - Budak terhiris jari ketika baiki Beyblade guna pisau



"Ibu tak beli, dikata ibu kedekut. Ibu tak beli, dikata ibu jahat. Ibu tak beli, dikata ibu tak sayang. 

"Kalau Beyblade ini tak ada, mungkin benda ini tak terjadi," demikian kata ibu kepada kanak-kanak yang cedera di ibu jari akibat terkena pisau ketika membaiki mainan tersebut. 

Afzalizah Azizan, memuat naik gambar ibu jari anak lelakinya, Hadi, cedera dan mengalami pendarahan banyak akibat kemalangan yang tidak disengajakan itu. 

"Tengah saya baring-baring, si Hafiy panggil saya datang sekejap untuk melihat keadaan Hadi. Bergetar tulang kaki saya melihat keadaan anak yang berlumuran darah. 

"Habis dia sorok tisu-tisu yang ada darah, risau saya marah. 

"Tak ada mak yang tak sayang anak. Sebab sayang saya tak beli (bapa dia yang belikan) sebab tak nak benda macam ini terjadi. Pisau baru lagi tetapi digunakan untuk membaiki Beyblade dia yang jem," katanya. 

Ekoran dari kecederaan itu, mangsa menerima beberapa jahitan di ibu jarinya. Keadaan itu juga membuatkan Afzalizah pengsan dan terpaksa ditahan setengah jam. 






"Saya kongsikan kejadian ini agar ibu-ibu alert ya. Bila sel-sel budak sedang berhubung, pisau pun diorang berani (gunakan) semata-mata nak baiki Beyblade," katanya. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.