Bayi berusia 7 hari ditinggalkan di Wakaf Mozek



Seorang bayi perempuan yang dianggarkan berusia seminggu ditemui di Wakaf Mozek, Jalan Jerangau Jabor, berhampiran kawasan Felda, pagi tadi, lapor Teganukita

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangai Cawangan Dua, Anuar Omar berkata, bayi itu ditemui oleh seorang peneroka yang ketika itu dalam perjalanan ke ladang sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis. 

"Bayi itu ditemui pada jam 7:30 pagi dan saya sebagai pengerusi MPKK bersimpati dengan kejadian itu yang juga merupakan kejadian pertama kali berlaku di sini," katanya yang percaya anak itu ditinggalkan oleh orang luar. 




Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Besar Dungun untuk pemeriksaan lanjut dan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun telah dimaklumkan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.