90,000 pemegang akaun terjejas, Kuantan bakal mengalami gangguan bekalan air pada 23-24 April



23 hingga 24 April ini, seramai 90,000 pemilik akaun di Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air selama 18 jam disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dua unit alat ubah arus (transformer) di muka sauk Kampung Kobat Lama dan Baru. 

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, gangguan bekalan air itu dijangka bermula dari jam 9:00 pagi 23 April hingga 3:00 pagi 24 April. 

Antara kawasan terbabit adalah seluruh Beserah hingga sempadan Chendor termasuk Damansara, Taman Dato Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah dan Jeram

Gangguan turut berlaku di Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating dan Kubang Ikan

Kawasan lain pula, seluruh kawasan Gebeng Industri Fasa I, II, III, seluruh kawasan Perlabuhan Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, kawasan lain adalah Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, perumahan Semambu, Industri Semambu, seluruh kawasan kiri/kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung.

Turut terjejas kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri/kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Cempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Taman Selamat, Tembeling Resort, Kelab Golf Diraja dan kawasan sekitarnya.

Seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih dan kawasan sekitarnya.

Para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air bagi tempoh itu. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 095739999.

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.