6,000 kakitangan pengurusan FGV Holdings Bhd dijangka akan diberhentikan



FGV Holdings dijangka akan mengurangkan 30 peratus kakitangan pengurusannya dalam tempoh tiga tahun dalam usaha syarikat perladangan itu mengecilkan kosnya sambil mengoptimumkan aset sebagai sebahagian dari pelan pemulihan menyeluruh, lapor Berita Harian. 

Syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia itu menyasarkan pengurangan tenaga kerja sehingga 6,000 kakitangan selepas syarikat itu mencatatkan kerugian besar RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. 

Menurut sumber kepada sebuah akhbar kewangan berkata, kerugian itu merupakan rekod yang paling buruk dicatatkan FGV Holdings Bhd sejak ia disenaraikan pada 2012, berikutan rosot nilai besar dan harga MSM rendah. 

Pemberhentian itu akan membabitkan sebahagian 20,000 kakitangan di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur serta beberapa pejabat serantau. 

Proses pemberhentian sedang dijalankan dengan seramai 667 kakitangan telah menerima Skim Pemisahan Mandatori FGV pada 2018. 

Skim itu membabitkan bayaran berjumlah RM72 juta dan penjimatan tahunan RM25 juta. 

Menjelang Jun ini, kira-kira 500 kakitangan lagi akan diberhentikan. 

Sumber: Berita Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.